Friday, November 7, 2008
LABAH-LABAH BUNCIT
Pada masa dahulu, ada seekor labah-labah buncit. Dia bersikap tamak. Setiap masa labah-labah buncit berasa lapar dan tidak pernah berasa kenyang...Pada suatu hari jiran dari arah timur datang ke sarang labah-labah itu untuk menjemput labah-labah buncit pergi ke jamuan makan di rumahnya esok.Pada masa yang sama, jiran dari arah barat datang ke sarang labah-labah untuk menjemput labah-labah buncit pergi ke jamuan makan dirumahnya pada hari yang sama...Labah-labah buncit tidak tahu untuk pergi ke jamuan yang mana satu... Tiba-tiba dia mendapat idea dan mamberitahu kepada jiran2 nya itu bahawa "aku akan mengikat tali di perutku pada hari jamuan itu dan kalian mesti mengikat tali diperut kalian juga", dia memberitahu lagi, "apabila tiba waktu makan tariklah tali ini dan aku akan datang"....Pada keesokan harinya dia pun mengikat tali ke perutnya pada malam hari. Tidak lama kemudian, jiran di sebelah barat menarik tali itu dengan kuat dan pada masa yang sama jiran di sebelah timur pun menarik tali itu dengan kuat juga.. Tetapi kedua-dua jirannya berasa hairan mengapa labah-labah buncit tidak datang...Keesokan harinya labah-labah bucit di jumpai pengsan oleh jiran2 nya itu. setelah bebera pa hari labah-labah buncit tidak sedarkan diri dia pun bangun. Tiaba-tiba dia terkejut tengok perutnya yang sudah kempis dan pinggang yang ramping. Dia menyesal dan ingin berubah supaya tidak bersikap tamak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment