Wednesday, February 4, 2009

MATA Oohh.. MATA

Tahukah semua?

Mata kita mengerdip sekali dalam tempoh enam saat. Bermakna, sepajang hayat kita mengerdip mata sebanyak 250 juta kali. mengapakah tindak balas spontan ini begitu penting untuk kita? bagaimanakah mengerdip dapat melindungi mata kita? sebenarnya mengerdip mata banyak bergantung kepada bulu mata.

Bagaimana mata berfungsi?

Bulu mata bertindak menghalang segala unsur luar seperti habuk dan air hujan daripada memasuki mata. Di kedua-dua belah mata kita pula terdapat kelenjar yang menghasilkan air mata. Setiap kali kita mengerdip mata, air mata akan keluar untuk bertindak sebagai agen pelembap mata. Air mata mengelakkan mata daripada kekeringan. Bolehlah kita katakan bahawa kita mengalirkan air mata setiap kali kita berkerdip.

No comments: